Pengenalan Alkp
Akademi Latihan Kemahiran Pekan Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat 100% milik penuh bumiputera yang diperbadankan pada MAC 2010 oleh sekumpulan profesional berpengalaman daripada pelbagai bidang dan industri.Aktiviti masyarakat adalah berteraskan bidang-bidang perniagaan berikut seperti Latihan Kemahiran,Pembangunan Standard Kemahiran,Program Pembangunan Usahawan,Latihan Kepimpinan dan Motivasi,Bina Pasukan Teamworks,Latihan Pengurusan,Latihan Jualan dan Pemasaran,Latihan Informasi,Komunikasi dan Telekomunikasi ( IT ).
Pada 9 Mac 2011 ,ALKP telah dianugerahkan sebagai Pusat Latihan Bertauliah Kelas A PSMB, ditauliahkan sebagai Pusat Latihan SLDN pada 27 April 2011 dan sebagai Pusat Bertauliah JPK ( Jabatan Pembangunan Kemahiran ) di bawah Kementerian Sumber Manusia.
Sasaran pelatih yang kami tawarkan kursus ini lebih kepada golongan belia E-Kasih, penganggur,pelajar-pelajar yang tidak layak melanjutkan pengajian ke IPTA/S. ALKP telah melatih seramai 822 pelatih dari sesi pertama ,kedua,ke-3 dan ke-4 yang menawarkan bidang kursus Kerani Pentadbiran,Akaun,VTO ( Vokasional Training Officer ) Automotif dan Perhotelan . Sistem pembelajaran berpandukan keperluan industri dan berasaskan Standard Piawaian Pekerjaan (NOSS) -National Occupational Skill Standard,melalui sistem ini keseluruhan pelatih telah diterima dan bekerja di bidang masing-masing.
Selain itu ALKP telah menandatangani perjanjian dengan syarikat terkemuka seperti CELCOM AXIATA(Pantai Timur),Hicim Yamaha(Shah Alam),Hicom Automotive(Pekan),DRB,ISUZU,Gambang Waterpark dan sebahagian besar hotel yang berdekatan.Dengan pengalaman kami sebelum ini kami yakin dan penuh komitmen dalam usaha untuk muncul sebagai sebuah syarikat terkemuka dalam bidang yang diceburi malah dalam melahirkan tenaga kerja bagi sektor perindustrian,perkhidmatan dan pemasaran di seluru negara.
Bersandarkan Motto " Kemahiran Sepanjang Masa " kami yakin pelatih-pelatih kami mampu bersaing,berkhidmat untuk keperluan negara selaras dengan usaha kerajaan menangani isu-isu kritikal seperti pengurangan kadar pengangguran dan kemiskinan dalam kalangan belia berkaitan berkaitan pembangunan sumber manusia dengan melahirkan pekerja berkemahiran tinggi,inovatif dan memastikan industri lebih berdaya maju serta mampu bersaing dalam dunia global yang serba kompetitif.
Langgan:
Catatan (Atom)